INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JADUAL PENENTUAN TUGAS PROJEK
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
INSTITUT : IPG. KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS | NAMA : |
KURSUS : PIM 3102 PEDAGOGI PENNDIDIKAN ISLAM | JABATAN : PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL |
TARIKH MULA: 20 / 08 / 2011 | TARIKH HANTAR : 01 / 10 / 2011 |
TAJUK : - STRATEGI , PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
-PRINSIP PERKEMBANGAN ISI PELAJARAN DALAM SEMUA BIDANG PENDIDIKAN ISLAM
HASIL PEMBELAJARAN :
1. Menghasilkan folio yang berkaitan dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.
2. Menghasilkan nota tentang prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang Pendidikan Islam.
2. Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
OBJEKTIF:
Pada akhir tugasan ini pelajar dapat;
i ) Menghasilkan catatan / nota mengenai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam.
ii) Menghasilkan catatan / nota mengenai prinsip perkembangan isi pelajaran dalam semua bidang
Pendidikan Islam
iii) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam.
iv) Mempraktik ilmu dan teori yang berkaitan dengan kaedah-kaedah mengajar Pendidikan Islam
iv) Menyediakan Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
v) Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran dalam bidang Pendidikan Islam
vi) Menghasilkan satu catatan refleksi keseluruhan KKBI.
TUGASAN PROJEK
INSTITUT : IPG.KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS | NAMA PELAJAR : NO.KAD PENGENALAN: |
KURSUS : PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM : PIM 3102 | MARKAH : |
TARIKH MULA: 20 / 08 / 2011 | TARIKH HANTAR : 01 / 10 / 2011 |
Kursus Pedagogi Pendidikan Islam ini memberi fokus kepada pengenalan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Kursus ini juga memberi tumpuan kepada tajuk prinsuip-prinsip perkembangan isi pelajaran, pengelolaan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi semua bidang.Kursus ini juga bertujuan untuk melahirkan insan guru yang berilmu , berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Berpandukan JPT Kerja Kursus Projek ini , anda dikehendaki menyediakan perkara-perkara berikut;
1. Menjelaskan konsep strategi, pendekatan ,prinsip-prinsip perkembangan isi pelajaran, kaedah dan teknik P&P Pendidikan Islam.
2. Memilih strategi yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta menyatakan kebaikan dan kelemahannya.
3. Membanding beza antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah.
4. Menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mana-mana tajuk yang dipilih dari bidang-bidang Pendidikan Islam sekolah rendah.
5. Menyediakan Bahan Sumber yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih
6. Menyerahkan hasil tugasan dalam bentuk soft copy dan hard copy.
7. Menyediakan satu catatan refleksi keseluruhan KKBI.
8. Bibliografi
9. Kolaborasi
No comments:
Post a Comment