PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)-JUN 2011

Tuesday 9 August 2011

Tugasan Dari Ust Nik Abdullah..WAJ3101

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG.

JADUAL PENENTUAN TUGASAN (KKP) KURSUS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ 3101)

SEMESTER : SATU

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat:

  1. Membuat kerja kursus yang lengkap berkaitan dengan ilmu ketamadunan.
  2. Menjelaskan isu utama yang berlaku dalam negara yang menjejaskan perpaduan antara kaum serta menjelaskan tentang kepentingan pembinaan Tamadun Malaysia yang berasaskan kepelbagaian etnik dan budaya ke arah pembentukan negara yang harmoni, aman dan makmur.

OBJEKTIF:

Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

  1. Menyatakan definisi tamadun secara lengkap.
  2. Memberikan contoh-contoh keretakan yang berlaku dalam hubungan antara kaum di Malaysia yang dibina berasaskan kepelbagaian etnik, budaya dan agama
  3. Menyatakan beberapa teori tamadun yang menyokong isu yang dibahas.
  4. Mencadangkan langkah-langkah pemantapan Tamadun Malaysia yang berdiri atas kepelbagaian etnik, budaya dan agama.

TUGASAN PROJEK

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG.

NAMA PENSYARAH:

NAMA PELAJAR:

NO. KAD PENGENALAN:

MATA PELAJARAN: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

MARKAH:

TARIKH MULA: 05/08/2011

TARIKH HANTAR: 26/08/2011

Pertembungan antara tamadun boleh mendatangkan kesan negetif dan positif terhadap sesuatu bangsa sebagaimana yang telah berlaku terhadap beberapa tamadun dunia. Tamadun Malaysia terbentuk hasil dari pengintegrasian beberapa tamadun lain yang berasimilasi dengan Tamadun Melayu-Islam. Tamadun Malaysia hakikatnya berdiri atas komponen budaya dan agama yang berbeza tetapi mempunyai cita-cita yang sama iaitu ke arah pemantapan Tamadun Malaysia dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai asas keturunan, agama dan budaya. Negara ini tidak sunyi daripada pelbagai isu yang boleh membawa kepada keretakan dalam perhubungan kaum. Melalui bukti keratan akhbar atau majalah, anda dikehendaki mengemukakan satu isu yang berlaku dalam negara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan membincangkan fenomena tersebut dalam satu esei yang lengkap

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta:

I. Mendapatkan bukti-bukti di atas daripada bahan media (surat khabar dan majalah), tetapkan permasalahan utama, bahaskan fenomena tersebut secara lengkap dan menyeluruh berdasarkan bukti, faktor-faktor yang berlaku, nyatakan kaedah dan cara penyelesaian sebagai cadangan.

II. Kertas kerja ini hendaklah dilengkapi dengan penjelasan konsep dan maksud tamadun serta disokong dengan beberapa teori tamadun sebagai hujah seterusnya bincangkan perkara tersebut dengan lengkap.

Arahan Tugasan

I. Tugasan ini hendaklah dibuat secara berkumpulan (2 orang satu kumpulan)

II. Menggunakan font arial atau times new roman saiz 12.

III. Semua pernyataan mesti dinyatakan sumber maklumat dan nota kutipan.

IV. Sumber dan bahan rujukan perlu ditulis mengikut format yang betul (APA Sistem)

V. Anda dikehendaki merujuk sekurang-kurangnya lima atau lebih sumber rujukan yang pelbagai untuk mendapatkan bahan/maklumat mengenai tugasan

VI Pastikan tugasan ini mengandungi Maklumat berikut : Nama Pelajar, Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan, Kumpulan/Unit, Kod dan mata Pelajaran, Nama Pensyarah Pembimbing serta tarikh serahan.

Disediakan oleh:

(USTAZ NIK ABDULLAH BIN NIK COB)

##SILA RUJUK EMAIL MASING2 UNTUK MAKLUMAT DAN ARAHAN YANG LEBIH LENGKAP.

No comments:

Post a Comment