PERBEZAAN ANTARA PENDEKATAN ,KAEDAH DAN TEKNIK
1. PENDEKATAN:
Pendekatan wujud berasaskan tanggapan-tanggapan yang berhubung dengan falsafah agama Islam dan pengajaran serta pengajian agama itu sendiri.Ia menghulurkan sifat mata pelajaran yang diajar.Ia menyatakan suatu pendapat,falsafah atau suatu pengajaran,tetapi tidak semestinya boleh dibuktikan secara mutlak.Umpamanya dalam sebaran pengajaran, kita membuat tanggapan asas dan asas-asas inilah yang menjadi amalan bilik darjah.
2. KAEDAH :
Kaedah merupakan satu perancangan yang sistematik secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosuder melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.Dengan itu,sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut M Anthony: Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
3. TEKNIK :
Teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah sewaktu guru mengajar dan proses pembelajaran sedang berlaku.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteksnya dengan kaedah yang digunakan.Umpamanya,menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa Arab merupakan suatu teknik.Menghafal sesuatu petikan atau ayat juga bolehdikatakan satu teknik.Apa yang penting ialah pemilihan sesuatu teknik mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan pendekatan yang telah ditentukan.Pada akhirnya,keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan pendekatan yang kukuh serta boleh dipercayaai.
No comments:
Post a Comment